Alhamdulillah, sudah seminggu umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri. Sudah tentu pada saat meraikan hari kemenangan itu kanak2 lah yang paling gembira, namun x kurang juga bagi kita orang dewasa. keseronokan pulang ke kampung bertemu dgn sanak saudara masih terasa :)
Namun, dalam keseronokan yg masih x hilang ini jangan kita lupa budaya bermaaf-maafan sesama saudara Islam apatah lagi ahli keluarga sendiri. Orang kata, raya..raya jugak tapi jangan wat2 lupa la nak mintak maaf. dah buat salah, faham2 lah yerkk..!
Semua orang tahu pada hari yg mulia ini kita seharusnya melupakan persengketaan atau sikap bermasam muka. Mungkin ada kejadian ibu bapa terasa hati dengan anak, si abang marah dengan sikap adiknya, menantu menjeruk hati dengan ibu mertua atau kejadian bertegang urat dengan jiran. Janganlah kita lupa atau buat2 lupa bahawa walau apa pun yang berlaku keluarga, jiran tetangga dan sanak saudara adalah insan yang paling dekat dengan kita.
Ibu bapa merupakan insan yang membolehkan kita melihat dunia dan membesar menjadi insan berguna. Mertua pula adalah mereka yang bertanggungjawab memberikan kehidupan kepada pasangan anda. Selain itu, sanak saudara dan ipar duai mungkin tidak menyumbang banyak kepada kehidupan kita, tetapi mereka ialah rantaian darah daging kita. walau ke mana kita pergi dan ke mana kita berlari, hubungan darah antara kita dan mereka tidak boleh dinafikan. Bak kata pepatah " air dicincang tidak akan terputus".
Ikhlas & Hati akan Tenang..=)
Lantas, sempena dengan aidilfitri yang kita sambut ini eloklah kita ikhlaskan hati, senyum dan maafkanlah insan2 yang telah menjeruk hati kita.Walau kesalahan mereka setinggi langit atau seluas lautan sekalipun, maafkan lah. Sedangkan Allah yg Maha Esa mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya. Nabi Muhammad S.A.W juga mengampunkan umatnya, so..x perlu lah kita nak sombong sangat sampai x mau maafkan kesalahan orang. siapalah kita untuk menghukum seseorang tanpa memberi kemaafan, kita pun buat salah juga ape.
Biarkan, biarkanlah..biarkan manusia buta itu dengan sikap degilnya. Biarkanlah kita bersikap mengalah kerana hakikatnya kita tidak kalah malahan menang di mata Allah. kita tidak rugi sedikit pun apabila memaafkan mereka dan menerima kesilapan mereka. Percayalah, hati akan tenang dan bahagia setelah memaafkan.
Amalkan lah saranan Rasulullah S.A.W:
sekian, moga pengisian ini penuh manfaat..terima kasih ^^,
Apa yg penting, Allah lebih mengetahui siapa yang benar and siapa plak yang salah. Insya-Allah, satu hari nanti kebenaran pasti terserlah jua. Jika bukan di dunia tetapi di akhirat nanti. Ingatlah ! kita tidak akan hina di akhirat kelak jika di dunia ini kita ikhlas memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Pengadilan Allah yang Maha Kuasa lebih baik daripada pertimbangan manusia." Biarlah mereka enggan mengakui kesilapan sendiri. Biarlah mereka tetap menyalahkan anda walau hakikatnya anda tidak bersalah "
Malahan, jika kita bermaaf- maafan kita tidak akan kisah jika berhadapan dengan mereka. Kita juga pasti mampu bersahaja seperti tidak pernah ada kelukaan yang dialami sebelum ini. Kadang2 memang sukar untuk melupakan. Ada ketikanya, hati telah memaafkan namun kesakitan masih terasa apatah lagi bila bertentang mata dan bersemuka dengan penyebabnya. Astagfirullah al-azim, andai itu berlaku ingatlah Allah dan sentiasalah berzikir. Lapangkan dada untuk menerima segalanya dan ingatlah Allah lebih mengetahui di sebalik apa yang berlaku. Pada masa yang sama banyakkan lah berdoa agar mereka berubah, tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama." Percayalah, apabila anda dengan rela memaafkan, hati anda akan lebih tenang. Rebutlah peluang syawal ini untuk menjernihkan segala kekeruhan terutamanya dalam hubungan keluarga dan persahabatan "
Paling penting adalah kita tidak mengikut jejak langkah mereka menyakiti hati orang lain dengan sengaja. saya akui bahawa ada manusia kadang2 berasakan dirinya menang apabila kita bersikap memaafkan."sentiasalah berdoa kebaikan untuk orang lain..sesungguhnya apabila kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, Makhluk lain yang ada di bumi dan di langit akan mendoakan kebaikan untuk kita "
Biarkan, biarkanlah..biarkan manusia buta itu dengan sikap degilnya. Biarkanlah kita bersikap mengalah kerana hakikatnya kita tidak kalah malahan menang di mata Allah. kita tidak rugi sedikit pun apabila memaafkan mereka dan menerima kesilapan mereka. Percayalah, hati akan tenang dan bahagia setelah memaafkan.
Amalkan lah saranan Rasulullah S.A.W:
" Jika orang membaling batu ke arah kita, hulurkanlah pisang ke arahnya."pesanan : buang yang keruh ambillah yang jernih.. jom kita saling bermaaf-maafan sesama kita..:)
sekian, moga pengisian ini penuh manfaat..terima kasih ^^,
No comments:
Post a Comment