Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator
Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator
Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Dec 4, 2014

Jodoh Pasti Bertemu

Assalamualaikum teman-teman, 

Khamis, 
 4 Disember 2014..

Hari yang mendung tanpa sinaran matahari. Awan pula kelabu sarat membawa hujan dan menunggu masa untuk dicurahkan ke bumi. Hati saya juga redup juga gelisah, sepertinya di sentuh sembilu tajam. Mata pula berat dengan air mata. Ingin sahaja dilepaskan air mata itu turun namun minda menahan supaya jangan biarkan ia mengalir. 

Hari ini, menerima khabaran gembira dari seorang sahabat seperjuangan. Bergelar tunangan dan bakal menjadi isteri orang. Ya, saya tumpang gembira. Tiada kata-kata yg terucap selain ucapan Tahniah!
Lepas sorang, sorang sahabat mendirikan atau bakal mendirikan rumah tangga baik shbt masa sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Seawal usia 20 - 25 tahun dah ramai sahabat2 saya yang bertukar status menjadi "isteri".

Emm, bila pula giliran saya? soalan yang biasa dan sering timbul di benak hati saya. Saya juga ingin disayangi, dikasihi, dicintai dan sebagainya. Namun, andai rasa teringin sahaja tidak cukup bukan? banyak yang saya perlu tahu sebelum saya mendirikan rumah tangga. Berkahwin bukan untuk suka2, tetapi berkahwin itu umpama seperti melayari bahtera di lautan dalam di mana destinasi terakhirnya adalah suatu yang pasti. Tujuan dan matlamat berkahwin hendaklah jelas, bukan semata-mata utk mendapat anak akan tetapi perkahwinan yang dibina ini adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT seterusnya, melengkapkan sebahagian daripada agama.

Sudahlah, jangan menyalahi takdir andai belum bertemu jodoh. Seharusnya perbaiki kekurangan diri, imbangi emosi agar kita betul-betul bersedia. Saya tidak tujukan pada siapa-siapa sebaliknya untuk ingatan diri saya sendiri. Kadang-kadang, saya sendiri tewas dari menyalahi takdir Allah. Astagfirullah. 

Bersabarlah wahai jiwa saat menanti lafaz sakinah itu terucap. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan Dia tidak akan mensia-siakan hambaNya.

 "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. 
 (Ar-Rum: 21) "


Jodoh itu rahsia Allah, ditakdirkan sejak azali di Luth Mahfuz siapa jodoh kita, dengan siapa kita berkahwin, bila waktunya. Semuanya didalam perancangan Allah kerna Dia sebaik-baik perancang. Andai jauh, andai kita tidak kenal siapa namun jika jodoh pasti bertemu jua. Yakin dengan janji Allah jangan bersedih, teruskan berusaha dan berdoa agar dimudahkan olehnya bertemu si tulang rusuk. :)

 Salam Sayang.....,

Sekadar meluah rasa, tiada kaitan dengan sesiapa. 
azalina al-najah, 
1:41 PM 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...