Dec 4, 2014

Jodoh Pasti Bertemu

Assalamualaikum teman-teman, 

Khamis, 
 4 Disember 2014..

Hari yang mendung tanpa sinaran matahari. Awan pula kelabu sarat membawa hujan dan menunggu masa untuk dicurahkan ke bumi. Hati saya juga redup juga gelisah, sepertinya di sentuh sembilu tajam. Mata pula berat dengan air mata. Ingin sahaja dilepaskan air mata itu turun namun minda menahan supaya jangan biarkan ia mengalir. 

Hari ini, menerima khabaran gembira dari seorang sahabat seperjuangan. Bergelar tunangan dan bakal menjadi isteri orang. Ya, saya tumpang gembira. Tiada kata-kata yg terucap selain ucapan Tahniah!
Lepas sorang, sorang sahabat mendirikan atau bakal mendirikan rumah tangga baik shbt masa sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Seawal usia 20 - 25 tahun dah ramai sahabat2 saya yang bertukar status menjadi "isteri".

Emm, bila pula giliran saya? soalan yang biasa dan sering timbul di benak hati saya. Saya juga ingin disayangi, dikasihi, dicintai dan sebagainya. Namun, andai rasa teringin sahaja tidak cukup bukan? banyak yang saya perlu tahu sebelum saya mendirikan rumah tangga. Berkahwin bukan untuk suka2, tetapi berkahwin itu umpama seperti melayari bahtera di lautan dalam di mana destinasi terakhirnya adalah suatu yang pasti. Tujuan dan matlamat berkahwin hendaklah jelas, bukan semata-mata utk mendapat anak akan tetapi perkahwinan yang dibina ini adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT seterusnya, melengkapkan sebahagian daripada agama.

Sudahlah, jangan menyalahi takdir andai belum bertemu jodoh. Seharusnya perbaiki kekurangan diri, imbangi emosi agar kita betul-betul bersedia. Saya tidak tujukan pada siapa-siapa sebaliknya untuk ingatan diri saya sendiri. Kadang-kadang, saya sendiri tewas dari menyalahi takdir Allah. Astagfirullah. 

Bersabarlah wahai jiwa saat menanti lafaz sakinah itu terucap. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan Dia tidak akan mensia-siakan hambaNya.

 "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. 
 (Ar-Rum: 21) "


Jodoh itu rahsia Allah, ditakdirkan sejak azali di Luth Mahfuz siapa jodoh kita, dengan siapa kita berkahwin, bila waktunya. Semuanya didalam perancangan Allah kerna Dia sebaik-baik perancang. Andai jauh, andai kita tidak kenal siapa namun jika jodoh pasti bertemu jua. Yakin dengan janji Allah jangan bersedih, teruskan berusaha dan berdoa agar dimudahkan olehnya bertemu si tulang rusuk. :)

 Salam Sayang.....,

Sekadar meluah rasa, tiada kaitan dengan sesiapa. 
azalina al-najah, 
1:41 PM 

 

Dec 3, 2014

Kekurangan Dan Kelebihan

Assalamualaikum teman-teman.
Kembali bertemu di bulan disember iaitu bulan terakhir 2014.
Sebenarnya saya tidak tahu ingin kongsikan apa pada kalian untuk dibaca. Fikiran kosong akan tetapi pantas sahaja jari ini menaip. Saya bukan seorang yg kreatif untuk bermadah sebab itu dibiarkan sahaja ruangan ini kosong tanpa pengisian. Teringin juga kadang2 ingin menghasilkan idea atau sesuatu perkongsian yang bermanfaat untuk diri saya dan teman-teman tetapi saya gagal. Bukan tak nak mencuba namun sy sedang berusaha akan tetapi hasilnya sy sendiri tidak berpuas hati dan dibiarkan sahaja jari ini menekan butang delete. 

Berfikir dan terus berfikir, namun ideanya tidak kunjung tiba! begitu rimas kadang-kadang, kecewa dengan diri sendiri. Namun apakan daya, hendak dibandingkan diri saya dan orang lain sungguh tidak adil rasanya. kemampuan manusia ini berbeza-beza bukan?? Ya, sebab itu saya berpegang dgn kata2 itu. saya sedar akan kekurangan diri dan kelebihan yang ada pada orang lain. Moga2 apa yang kurang itu mampu saya perbaiki dengan melihat kelebihan mereka di luar sana.

Andai semua manusia di dunia ini mempunyai kelebihan & kekurangan yang sama sudah pastilah masing-masing berbangga dengan apa yg mereka ada. Sudah pasti juga masing2 tidak hiraukan yang lain bahkan akan menjadi ego dan bongkak. Maka dengan itu tiadalah istilah bergantung antara satu- sama lain atau tiada istilah saling melengkapi, tetapi akan lahirnya sifat dengki mendengki sesama manusia.

Ingatlah wahai teman-teman, 
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri yakni saling melengkapi antara satu sama lain.

Fikirkan teman2, bahawa kekurangan itu sesuatu yang hebat Allah berikan kepada seseorang hambaNya. Dengan kekurangan kita sedar akan asal usul, dengan kekurangan tiada rasa riak kita pada Allah dan manusia lain. Ketahuilah, kekurangan yang kita ada ini mempunyai keberkatannya yang mungkin kita tidak ketahui. Biarlah kita mempunyai kekurangan jgn sampai kita mempunyai kelebihan sehingga dijangkiti virus sombong terhadap Allah. 

Renung-renungkanlah teman-teman.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

Sekian,
Berpegang kepada kata2 bukan siapa yg berkata tetapi apa yg dikatakan.
semoga bermanfaat!

azalina al-najah,
2.58 p.m| 3 Disember 2014











Nov 17, 2014

Sempena Setahun Bergraduasi

Assalamualaikum. w.b.t


Alhamdulillah, pertama dan selama-lamanya bersyukurku ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnia-Nya dpt lagi kita bertemu diruangan ini. 

Tiada apa yg menarik ingin dikongsikan cuma bila terkenangkan bulan November ini, fikiran melayang mengingati memori setahun yang lalu. 



HARI KONVOKESYEN KE-11, 
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.  


Ya, Alhamdulillah. sungguh aku bersyukur kerana selama 4 tahun menimba ilmu di menara gading akhirnya aku dapat menggenggam segulung ijazah. Allahuakbar! aku gembira. 



30 NOVEMBER 2013, 
SIDANG PERTAMA
STADIUM TERTUTUP NILAI 


Aku naik ke atas pentas, mengadap dan menjunjung kasih Tuanku! mengambil skrol disaksikan ratusan tetamu yg hadir termasuk ibu dan kakakku. Alhamdulillah :)



sekian, setakat ini dahulu. 

p/s: maaf, xdpt nak sertakan gambar ats sebab2 teknikal.






RINDU MAHU KEMBALI BERBLOG.

ASSALAMU'ALAIKUM.. W.B.T


Hai sahabat2 blogger sekalian. Moga2 dalam keadaan sihat hendaknya. Terasa begitu lama tidak bersua di ruangan ini. Begitu lama tidak menghiasi halaman blog dengan tulisan2 yang merapu. Seingat saya, post terakhir sy adlh setahun yg lalu dimana pada ketika itu diri ini terlalu excited hendak berkonvo. hehe.


Dan setelah genap setahun itu, hari ini tiba2 diri terpanggil semula utk menaip sesuatu di halaman blog. OHH, RINDU. Andainya tidak menonton slot Assalamualaikum kat TV AL-HIJRAH rasanya tiada perasaan sebegini rupa.


 "Anak Muda & Blog".. Ya, sebab tajuk ini membuatkan aku rindu dengan blog yg pernah aku create suatu ketika dahulu. aku rindu utk membaca segala kemerapuan aku dalam blog ini. haha.

Aku akui selama ini keadaan masa membuatkan aku terus menyepi. Namun, akan aku cuba untuk ada masa untuk berkongsi cerita dalam blog ini. In shaa Allah :)


Panjang umur, mudah2an bertemu kembali kita ye.. 
 



Nov 16, 2013

how times flies very fast.. only one inch more to be announce as **Degree Holder** . Seriously, i'm very excited and feel that i can't waiting that time..! wish that Allah ease my way.. :)

happy graduation day to all USIM graduans.. see u there ! ;)

Oct 20, 2013

On One Step..! my career begin..

Alhamdulillah, setelah sekian lama membiarkan blog ini kosong tanpa pengisian dan bebelan, hari ini walaupun terasa malas namun digagahkan jua jari ini menaip sesuatu utk perkongsian. :)

sahabat2 sekalian, my first step is begin..! almost one month and more i'm  be a teacher a.k.a ustazah. i'm so happy. first and foremost, i'm happy because i get my work and this is my first experience to be teacher. before ni mang x pernah ada pengalaman bekerja..! cian....hee. second, sbb tercapai juga hajat arwah abah nak salah sorang anaknya bergelar ustazah even just temporary teacher. third, happy...happy...happy coz i have own money! before this nak shopping and beli apa2 sume tunggu duit mak dan akak abang bagi...now, it changed! saya pulak bagi duit kat orang...hihi.. last but not least, happy coz dpt recall segala ilmu yg belajar time skola rendah (subjek2 agama).. bahasa arab especially! 

Hope, Allah ease my way to be a teacher a.k.a ustazah.

Jun 27, 2013

WANITA BERKERJAYA PADA PANDANGAN ISLAM


Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:”Dan jangan kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi orang perempuan (pula) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan mohon kepada Allah sebahagian daripada kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.”(Surah al-Nisa’:32)
Kebanyakan wanita pada hari ini sudah ramai yang mempunyai tanggungjawab di luar rumah. Masing-masing sudah berkerjaya malah sudah ada yang berpangkat tinggi, berkereta mewah, mempunyai rumah besar seperti istana dan sebagainya. Selain bekerja di sektor tertentu, tidak kurang juga ada yang telah memiliki syarikat sendiri. Persoalannya, adakah Islam membenarkan kaum hawa ini berada di tengah-tengah masyarakat? Para ulama’ telah menentukan hukum bagi kedudukan wanita berkerjaya seperti berikut:
1.      Wajib: Jika mereka tidak bekerja, menyebabkan seluruh ahli keluarganya tidak dapat meneruskan kehidupan. Mungkin keadaan suami yang sedang sakit atau tidak mampu bekerja untuk menampung kehidupan keluarga.
2.      Harus: Jika mendapat izin dan redha daripada suami untuk membantu menampung kehidupan keluarga. Wanita tersebut juga wajib menjaga auratnya daripada dilihat masyarakat luar, membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan, juga menghindari daripada perkara yang akan menyebabkan timbulnya fitnah.
3.      Haram: Jika tidak mendapat keizinan dan redha daripada suami. Apatah lagi jika wanita tersebut membuka dan membiarkan auratnya dilihat semasa bekerja dan tidak membatasi pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
Walau bagaimanapun, amatlah digalakkan bagi wanita supaya berada dirumah untuk menguruskan urusan rumahtangga, anak-anak dan suami. Manakala, tugas mencari rezeki yang halal untuk dinafkahkan kepada ahli keluarga perlulah diberikan sepenuhnya kepada kaum adam (suami). Namun, jika dalam keadaan-keadaan tertentu yang memerlukan wanita keluar bekerja seperti suaminya cacat, pendapatan keluarga yang tidak mencukupi atau kepakaran yang dimiliki wanita tersebut diperlukan oleh masyarakat, maka dibolehkan untuk wanita keluar bekerja, tetapi wajib menjaga batas aurat dan pergaulan yang telah ditetapkan oleh Islam seperti berikut:

1.      Mendapat keizinan dan keredhaan daripada suami.
2.      Menutup dan menjaga aurat sebagai seorang wanita muslim.
3.      Pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar norma atau kudrat seorang wanita.
4.      Membatasi pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
5.      Tidak berdua-duaan dengan pekerja lelaki dalam satu ruang kerja.
6.      Menjaga kewajiban sebagai isteri dan ibu.
7.      Menjaga kewajiban sebagai hamba Allah SWT.
8.      Bekerja dengan pekerjaan yang halal.



Sincerely written by,
empunya diri ;)
azalinaalnajah~

Feb 11, 2013

kau bukan untukku

Indahnya cinta yang Allah kurniakan kepada setiap hambaNya ini.. bahagia bagaikan kanak-kanak mendapat aiskrim, akan tetapi ianya hanya seketika. jika bagaikan aiskrim, indahnya hanya dipermulaan kerana lama-kelamaan ia akan cair dan saat itu tiada lagi keindahannya.. 

benarlah kata orang yang mengatakan, 
cinta pada bunga, bunga akan layu,
cinta pada manusia, manusia akan mati
cinta pada Allah swt, adalah cinta yg hakiki...

disaat aku menulis dan meluahkan rasa disini kau telah bahagia melayari bahtera rumahtangga yg baru terbina semalam (10.2.2013), bersama pilihan hatimu. jika dipersoalkan padaku tiadakah rasa kecewa di hati kecilku?? aduhh..tidak terkata peritnya hati, sakitnya tidak dapat di hitung. hanya air mata yg mampu menjawab segala persoalan itu. tetapi, siapalah aku untuk menghalang semua ini dari terus terjadi. 



namun, walau setinggi langit kita merancang, walau  seluas laut terbentang kita merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. 

jika suatu masa dulu awk pernah bertanya pd sy, "bila waktunya saya akan berkahwin dan bertemu jodoh..?
sy hanya mampu menjawab.. nanti suatu masa, jika Allah izinkan, awk akan bertemu jodoh & berkahwin juga. awk jgn risau, mgkin waktu ini Allah x temukan jodoh awk lagi sbb nak awk betul2 bersedia..."
(hari ini Allah dah hadirkan dan temukan jodoh buatmu). 

SELAMAT PENGANTIN BARU..

Ya Allah, berkati pasangan ini bahagia hingga ke akhirnya......


*****************

dia bukan untukku, namun aku akur dan redha atas setiap ketentuan Allah s.w.t
aku yakin suatu masa nanti aku juga akan bertemu kebahagiaan walau bukan bersamamu..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...