Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator
Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator
Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Aug 27, 2012

memaafkan beri ketenangan =)

Assalamualaikum w.b.t & salam aidilfitri..


Alhamdulillah, sudah seminggu umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri. Sudah tentu pada saat meraikan hari kemenangan itu kanak2 lah yang paling gembira, namun x kurang juga bagi kita orang dewasa. keseronokan pulang ke kampung bertemu dgn sanak saudara masih terasa :)

Namun, dalam keseronokan yg masih x hilang ini jangan kita lupa budaya bermaaf-maafan sesama saudara Islam apatah lagi ahli keluarga sendiri. Orang kata, raya..raya jugak tapi jangan wat2 lupa la nak mintak maaf. dah buat salah, faham2 lah yerkk..! 
Semua orang tahu pada hari yg mulia ini kita seharusnya melupakan persengketaan atau sikap bermasam muka. Mungkin ada kejadian ibu bapa terasa hati dengan anak, si abang marah dengan sikap adiknya, menantu menjeruk hati dengan ibu mertua atau kejadian bertegang urat dengan jiran. Janganlah kita lupa atau buat2 lupa bahawa walau apa pun yang berlaku keluarga, jiran tetangga dan sanak saudara adalah insan yang paling dekat dengan kita.

Ibu bapa merupakan insan yang membolehkan kita melihat dunia dan membesar menjadi insan berguna. Mertua pula adalah mereka yang bertanggungjawab memberikan kehidupan kepada pasangan anda. Selain itu, sanak saudara dan ipar duai mungkin tidak menyumbang banyak kepada kehidupan kita, tetapi mereka ialah rantaian darah daging kita. walau ke mana kita pergi dan ke mana kita berlari, hubungan darah antara kita dan mereka tidak boleh dinafikan. Bak kata pepatah " air dicincang tidak akan terputus".

Ikhlas & Hati akan Tenang..=)

Lantas, sempena dengan aidilfitri yang kita sambut ini eloklah kita ikhlaskan hati, senyum dan maafkanlah insan2 yang telah menjeruk hati kita.Walau kesalahan mereka setinggi langit atau seluas lautan sekalipun, maafkan lah. Sedangkan Allah yg Maha Esa mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya. Nabi Muhammad S.A.W juga mengampunkan umatnya, so..x perlu lah kita nak sombong sangat sampai x mau maafkan kesalahan orang. siapalah kita untuk menghukum seseorang tanpa memberi kemaafan, kita pun buat salah juga ape.

" Biarlah mereka enggan mengakui kesilapan sendiri. Biarlah mereka tetap menyalahkan anda walau hakikatnya anda tidak bersalah "

Apa yg penting, Allah lebih mengetahui siapa yang benar and siapa plak yang salah. Insya-Allah, satu hari nanti kebenaran pasti terserlah jua. Jika bukan di dunia tetapi di akhirat nanti. Ingatlah ! kita tidak akan hina di akhirat kelak jika di dunia ini kita ikhlas memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Pengadilan Allah yang Maha Kuasa lebih baik daripada pertimbangan manusia.

" Percayalah, apabila anda dengan rela memaafkan, hati anda akan lebih tenang. Rebutlah peluang syawal ini untuk menjernihkan segala kekeruhan terutamanya dalam hubungan keluarga dan persahabatan "

 Malahan, jika kita bermaaf- maafan kita tidak akan kisah jika berhadapan dengan mereka. Kita juga pasti mampu bersahaja seperti tidak pernah ada kelukaan yang dialami sebelum ini. Kadang2 memang sukar untuk melupakan. Ada ketikanya, hati telah memaafkan namun kesakitan masih terasa apatah lagi bila bertentang mata dan bersemuka dengan penyebabnya. Astagfirullah al-azim, andai itu berlaku ingatlah Allah dan sentiasalah berzikir. Lapangkan dada untuk menerima segalanya dan ingatlah Allah lebih mengetahui di sebalik apa yang berlaku. Pada masa yang sama banyakkan lah berdoa agar mereka berubah, tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.

"sentiasalah berdoa kebaikan untuk orang lain..sesungguhnya apabila kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, Makhluk lain yang ada di bumi dan di langit akan mendoakan kebaikan untuk kita "

Paling penting adalah kita tidak mengikut jejak langkah mereka menyakiti hati orang lain dengan sengaja. saya akui bahawa ada manusia kadang2 berasakan dirinya menang apabila kita bersikap memaafkan.

Biarkan, biarkanlah..biarkan manusia buta itu dengan sikap degilnya. Biarkanlah kita bersikap mengalah kerana hakikatnya kita tidak kalah malahan menang di mata Allah. kita tidak rugi sedikit pun apabila memaafkan mereka dan menerima kesilapan mereka. Percayalah, hati akan tenang dan bahagia setelah memaafkan.

Amalkan lah saranan Rasulullah S.A.W:
" Jika orang membaling batu ke arah kita, hulurkanlah pisang ke arahnya."
pesanan : buang yang keruh ambillah yang jernih.. jom kita saling bermaaf-maafan sesama kita..:)

sekian, moga pengisian ini penuh manfaat..terima kasih ^^,

Aug 23, 2012

beraya nun ke utara=)

Assalamualaikum w.b.t & salam aidilfitri...

Alhamdulillah, setelah beberapa hari berhari raya hari ini baru berkesempatan nak update bl0g..hmm, bukan saje2 x mau update sebelum2 nie but, faham2 la..masih dalam mo0d jalan2 raya (org banjar kata baraan)..hihi^^,
oklaa, x perlu nak panjang2..we go through to the t0pic!!.. beraya nun ke utara.. mak aii, jauhnya..

Al-kisahnya, tahun ini aku x berpeluang beraya di teratak sendiri kat pahang di sebabkan oleh sedikit masalah teknikal..hmm, kecian='(
but, no w0nder..still masih boley sambut raye di perantauan.. beraya di rumah k.jie kat s.alam pun memadai bagi kami. cukup hepy bec0z angah pun turun padang utk bersama-sama kami raya di perantauan gitu..haha. pengalaman tahun pertama beraya kat shah alam..:)

Raya pertama kami, hmm..biru vs hijau! wahh..cantek semua berbaju raya. walaupun beraya kat bandar tp, ketupat, lemang & rendang tetap ada beb..indah nya sungguh di hari raya ramai org bersuka ria..ha3. agenda yg selalu kami wat time pagi2 raya adlh..solat hari raya tue mang la kan..slepas tue mcm biase bersalam salaman sesama kami. bukan tue je, x sah kalau x amik gamb0 byk2.. bajet sume hensem2 n santek2.. tapi, mang santek pun sume..hihihi =)

OK..! now..semua isi rumah bersiap sedia nak memulakan perjalanan ke utara tanah air.. destinasi seterusnya ptg raya ini adalah ke Ip0h, perak..balik kampung j0mmm..:)
oyeahh..tepat jam 3.00 ptg rombongan cik kiah ( proton exora & pes0na) bertolak ke destinasi yg dituju.
excited..! terpancar keriangan di wajah masing2, berbaju melayu & kurung beraya di jalanan..fuhh..byk giler keta kat jalan. ingat kami2 je kan..ha3.. yela, orang yg baru habis shoping kat jalan TAR, SOGO & serata mall baru pulang ke desa sbb tue sosak jalan..huhh..tp, seronok tgk..sume mood raya..
terbaik...!!! :)

Destinasi pertama..rumah k.long,  k.l0ng sekeluarga jadi sp0nser tempat penginapan kami. hmm, nasib la ada umah k.long..hihi.. perjalanan dari shah alam amik masa dlm 5 jam gitu, hujan lebat di tambah jem yg tak ber0ti melembabkan perjalanan kami..3 kali jem kot ngn pokok tumbang, excident bagai.. walaubagaimne pun, alhamdulillah kami selamat sampai ke teratak puan Roslina & encik khamis.. waarrghh!! lap0 beb, tapi bersab0 sume..solat maghrib dulu..then, jom serbu ketupat and lemang serta kueh raya kat umah k.long. burrppp..oppss!! kenyang sudaa..siap2 bersihkan diri masing2 bawe kuar baju raye utk di iron.. owh, esok bermula baraan kami ke rumah sedara-mara sekitar perak..hohohooiii..

Raya ke-2, ayuh semua bersiap2..ready utk berangkat ke umah t0k yg dah lame x balik.. aku rase, aku lah cucu yg paling lame x jejak kaki kat umah tok compare ngn adik-beradik yg lain..hehe. Orite, let's go.. rombongan cik kiah menyusuri lebuh raya di ketuai oleh abg bomba kita, my abg ipar..tapi, sebelum tue sempat berhenti kat R&R amik picture. macam bese glam gitu..haha.

                                                "tepi lebuh raya pun jadi"

rumah t0k dari umah k.long xde la jauh sangat..dalam 2 jam gitu dah sampai..dalam kul 11 lebih rombongan kami pun sampai ke umah tok. hmm, di sambut meriah gak la rasenya mereka yg sampai paling awal tue..hehe..aku rombongan ketiga selepas exora dan pes0na. al-maklumla, pemandu lain2..so, kami yg sampai akhir nie actually melencong kat tempat lain dulu..hehe. woww..sambutan dari mak ndak, tok n family mereka terbaik ahh.. terhidang kueh raya, lemang & laksa..ok, time to eat! 
Selesai makan, yummy..! sangat sedap :)

Wah, agak meriah gak rupenya..ramai sepupu sepapat yg dtg..pak cik n mak cik yg lain2 pun dtg, mesti sbb orang jauh balik nie (hehe..perasan jap!). haii..lame x tgk sepupu2 aku, dulu last jmpe kecik2 je kot skang mak aii..ada yg dah tinggi mcm galah..cun2, hensem2 belaka..termasuk lah kami pun cun n c0meykan..haha.

Rumah pertama di hari raya ke-2, umah t0k..hmm,next after siap jamu kueh raya n laksa utara kami semua siap2 nak p umah adik arwah abah, acu kami panggil. umahnya x lah jauh pun sejengkal je dah sampai. bila sampai, kami semua di jemput masuk. bukan senang nak dtg umah cikgu r0sli nie..hehe, mcm bese la di hidangkan dgn ketupat palas n serunding...agak sedap laa, paling klas bila di jamu dgn air rebina , "mang klas kau jahhh..!!! ;P tup..tup..tupp ngah sedap sembang menyembang hujan turun selebatnya membasahi bumi al0r pongsu, perak. oppss! dah tergendala plan seterusnya utk beransur g melawat umah sedara lain. 

Next, setelah beberapa lama hujan pun beransur2 berhenti. kami pun beransur2 gak angkat kaki mintak diri. selesai bersalam-salaman kami semua bergerak ke rumah adik arwah abah lagi, mak cik kami.. ramai gak sedara n sepupu kat sana tapi sayangnya kami x berapa kenal lorr..:'(
hmm..kueh raya n laksa lagi..tapi, whateva lah..demi nak jaga hati tuan rumah aku jamah jugakla laksanya. mang x menyesal ahh, sedap laksanya..rasa nak tambah lagi tapi malu kott..hihi. selesai makan, kami semua balik semula kat umah t0k..lintas jalan pun dah sampai, al-maklumlah umahnya seberang jalan je tapi gatal nak naik keta..haha..

Jom..serbu nasi kat umah t0k. macam s0dap je juadah makan tengah hari mak ndak masak. huhh, bau sambal belacan mang menyelerakan.. 0pps!! tunggu turn ok! kami terlewat ckit s0, turn pertama bagi kat family mertua sepupu aku. no problem, kami semua ni kenyang lagi..(ehe..konon la kan, tapi..ngeeee).
next...giliran family kami plak makan. fuhh, mang selera ar kan ada kari ayam, sambal belacan, kerabu tauge, ulam sayur pucuk paku rawan & kang kung. terbaik ahh, tak tertinggal jugak ikan masin.. aiii, nie raya ke kenduri-kendara?? meriah sungguh juadah..bese la org jauh dtg..ngeh3. terasa dihargai bebb!

Setel sume, perut pun dah kenyang..apatah lagi mata dah mcm nak tertutup. tapi, c0ver2..orang ramai kot kat umah ni xkan nak wat skuad lentang lak kan. tahan la mata yg berat tue..haha. lalalala..sembang punya sembang, gurau pnye gurau x sedar waktu mcm dah nak halau kami balik..haha.. meh bersalaman ngn sedara-mara. untung aku, dapat duit raya sbb masih belajar ( mak teh kata ustajah eh? haa..nie ada duit raya)..hehe.. seronoknya! 

Lepas umah tok ada sebuah rumah lagi kami nak bertandang. iaitu umah bos k.ana. area taiping je, kira dekat gak la. alang2 dah sampai terus je la singgah. bila sampai kat sana kami di sambut baik. mcm2 hidangan ada..x sah kalau xde lemang, rendang..rendang tok lagi tue.sedap! kami jugak dihidangkan dgn spagetti n puding caramel..terbaik! mang kenyang giler ar rasenya..sedar x sedar bnyk gak umah yg kami singgah..alhamdulillah, rezeki hari raya.

Finally, tibalah masa utk balik beradu..hehe. seronok bertambah gembira sbb dapat jalan raya ramai2 melawat sedara-mara. mang best sgt. terutama sekali budak2, mang mereka ceria abis lah sebab dapat duit raya byk..walaupun aku bukan kanak2 tapi dapat gak la habuan, x byk tapi jadilah lepas duit belanja. paling x leh lupa bila balik umah t0k semua ingat aku nie mengajar..mak ndak kenalkan kat semua org aku nie bakal ustazah..huhu..malu i, tapi..x kesah laa. moga kata2 mereka jadi kenyataan.. terima kasih semua, m0ga kita bertemu lagi di masa akan datang..:)

                                    
     :: sekali-sekala bertemu mcm ni la jadinya...:)

  k.long gelak sakan tue..hehe

                                                   yg pegang anak tue, my uncle
                           main angkat2 tangan plak (duit raya punya pasal ;p)
                                                   besama sanak-saudara :)
                                         

Aug 18, 2012

Diary of Ramadhan 1433H


ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Salam Ramadhan al-Mubarak..:)
i wanna to write something, kalau kat tv ada cerita tentang 'diary ramadhan Rafiq' kat sini lak ada diary ramadhan cik aza..haa, x gitu guys?? ok..read until the end..InshaAllah :D
1st RAMADHAN > wow..! x sangka cepat je masa berlalu..but, alhamdulillah Allah masih panjangkan usia ku bertemu ramadhan 1433H..;) hehe..ari first, mcm p0se2 sebelumnya, bangun sahur. hari ini berbuka menu roti sardin & megi goreng..s0, delicious..but, yg x deliciousnya berbuka tanpa org tua di sisi..aku hanya berbuka 3 beradik je..:( kak jie n family berbuka ngn family abg ipar then, mak plak balik kg sambut puasa ngn t0k..huhh, rase cam berpuasa di perantauan lak..cewahh!
2nd RAMADHAN > as usual la kan, bangun sahur..then, after subuh dah x tido kot..baguskan..terus siap2 nak g pasar stadium nak beli barang2 keperluan utk masak juadah berbuka yg dah di list kan (serve for one week) mang cekap & terbaik lah. kalau paginya dah ke pasar, petangnya tibalah masa utk masuk dapur Masterchef! hmm, aku just tolong-tolong sedia bahan, potong2 gitu sebab ader senior chef yg terhebat yg masak. so, don't disturb org tua masak.. tq k.jie, she ready to c0ok nasi ayam.. ok la, dah tiba mase berbuka..then, after that siap2 g terawih. berlalunya ramadhan ke-2 =)
3rd RAMADHAN > as usual, bangun sahur.. so, hari ini just duk umah je coz sume org kat umah berkerja.. mcm hari2 sebelumnya j0m kita masuk dapur! hari nie menu kami mee kari and cek0dok pisang + air rebina =) alhamdulillah, berlalunya ramadhan ke-3, teruskan berterawih.
4th RAMADHAN > bangun sahur, bangun sahur..! hehe..hari ini mcm bese jgk xde org kat umah. mereka sume bkerja. hari ini berbuka with nasi g0reng kampung mak buat and cekodok udang kot..Ya Allah, sedapnya..ada udang gitu..huhh, after that, mcm biasa jalan2 ke masjid depan umah utk solat terawih.. berlalunya ramadhan ke-4..
5th RAMADHAN > bangun sahur lagi..but, x pasti aku bangun or x, it's only myself je yg tahu..hehe. hari ni duk umah mcm biasa, tgk tv..nak makan x leh..opps! bulan pose k..hmm, tgk hakimi makan..mak aii, sedapnye! sab0..sab0.. ana berpose ari ni..kimi lain la kecik lg.. t0day our dish is kuey tiaw t0m yam + goreng ubi + air rebina. super duper 0sem..! berselera sungguh juadahnye.. tom yam kak yg masak..then, cik aza just wat yg simple2 je..kupas ubi n gorengkan sehingga jadilah kuih..hepy dapat masak hari ini. ikhlasnye, lau puasa tahun lepas akulah org pertama yg akan masak ape segala juadah yg di order oleh mereka2( atas tunjuk ajarku sifu, my mom)..but, this year terbalik bc0z kak x keje dah so, dia la yg masak sementara kak jie g keje. k.jie akan masak time dia cuti je. hmm, x kesahlah same je=). petangnya, huhu..sesuatu yg x best di lihat..kak jie balik kerja ngn keadaan x larat. dalam hati aku, why..what happen with her?? ohh..n0! dia sakit la..maybe she get gastrik..:'( sian kak jie..almost 5 days she got fasting...now, she sick. x leh tgk dia..i'm sad. after, berbuka n finished perform solat abg tahir bawe k.jie g klinik. ok, moga xde ape2..mak, kak, kak ana go to terawih but aku kat umah tunggu kimie. huhh, segalanya harus ditempuhi dgn tabah & redha.. hari ini rase mcm xde feel nak makan sbb tgk k.jie mengerang2 kesakitan..moga esok dia sihat.. sekian, berlalunya ramadhan yg ke-5,
6th RAMADHAN > sahur lagi..;) macam biase duk umah tgk tv, gad0h2 manja ngn kimie sbb kimie suke kacau orang. hari ini kak jie MC. hmm, tgk dia dah sihat sikit. teman kak g kedai beli bahan2 nak wat kuey tiaw goreng. hmm, hari nie abg ju datang berbuka kat umah kak jie. meriah sikit la kot. hmm, mcm2 ade ari ni karipap, sate, kuih pelita, popia basah..hepy berbuka hari ini..=) berlalunya ramadhan ke-6, j0m terawih lg..
7th RAMADHAN > bangun sahur mcm biase. hoho..hari ni semangat sbb nak balik umah tersayang. rindu! dah lame x balik jerantut. after sahur, kemas baju2 nak bawe balik..hehe. huhh, siap sume..solat subuh then siap2 nak balik. ok, jom gerak. sampai kat bandar jengka dalam kul 11 pagi gitu. terus singgah beli barang ckit n sampai umah dah dekat kul 1..kemas, sapu2 seluruh umah..huu, penat..debummm! terus tido, rehatkan badan..zzzz. berbuka ngn juadah beli kat bazaar, ade karipap, kueh lopeh, buah melaka, kuih sagu dan air tebu. hmm, utk sahur masak sardin je. berlalunya ramadhan ke-7 =)
8th RAMADHAN > bangun sahur mcm biasa..tp, mcm malas bangun kott, sejuk bangat mcm nak sambung tid0..al-maklumlah, hari ini aku bersahur di kampung..mang sejuk la kan..bestnye! hmm..hari nie duk umah je, x g mne2 pun..tgk tv. huhh, hari nie rest dari masak sbb k.ana take over tugas memasak. dia wat curry ayam gitu..wow! my feveret laa. so, berbuka hari nie ade murtabak, karipap, kueh seri muka, seri ayu, lompat tikam..air kelapa+ air rebina.. burrrr, alhamdulillah, kenyang..tq Allah.. berlalunya ramadhan ke-8-)
          9th RAMADHAN > as usual, bangun sahur..masih berpuasa di pahang at my h0me..:) hmm, ari nie   pagi2 dah kena turun kat halaman umah tolong mak gunting pokok buluh. sian mak..huuu :'(  . then, agak setengah hari jgk kot baru siap...lalalalaaa~ dah masuk umah mcm bese la, x berfaceb00k, tidoo...haha. ptg lak x masak pun sbb sume juadah beli kat bazaar. Alhamdulillah, berlalunya ramadhan ke-9 =)
        
         10 RAMADHAN > masih bersahur di pahang..alhamdulillah, hari ini hari ke-2 berpeluang lakukan solat sunat tahajjud..:). hari ini dah nak balik shah alam, huu..sedih. tapi, before balik semapat lagi aku, mak n k.ana wat kerja kat luar umah..susun2 kayu, angkat2 kayu..huhh, relevan ke! tue kerja org laki kott.. nak wat camne kan, nak harap abg laki yg kat umah mang tahun  depan pun x siap. betapa beratnya kayu tue..ya Allah, sabo2..then, lepas settle sume baru la siap2 balik..dlm perjalanan hnya diam n aku pun zzzzz..(penat sgt angkat kayu, rase terburai urat perut).malam ini berterawih berimamkan ustaz dari bumi palestin.. subhanallah, tabarakallah...merdu suara ustaz. Alhamdulillah, berlalu ramadhan ke-10.
           
        11 RAMADHAN as usual, sahur. berbuka dan berterawih..=) Alhamdulillah, berlalunya ramadhan ke-11.

     12 RAMADHAN > as usual, mcm hari2 biasa..sahur, berbuka dan berterawih. Alhamdulillah, berlalunya ramadhan ke-12. 

        13 RAMADHAN >  Hari ini bangun sahur mcm hari2 sebelum ini. hmm, hari ini kuar jalan2..bukan la shopping pun saje jalan2 cuci mata..haha, hari nie jgk result exam kuar..huhu, i'm praise t0 Allah..;) 

        14, 15 RAMADHAN > bangun sahur, berbuka dan berterawih. hmm, kuar beli barang2 utk masak. dah alang2 tue shoping ckit2..tp, bukan shoping baju raye tp bnda lain..haha. besela, girl kan ;) alhamdulillah, berlalu ramadhan ke-14 & 15...

        16 RAMADHAN mcm hari2 biasa jgk, bangun sahur padanya ada keberkatan. hari ini kena ikut g pasar lagi sbb ada majlis berbuka puasa kat umah ramai2 with family abg ipar..hmm, bila la turn berbuka ngn mertua aku plak?? haha...berangan!! insyaAllah next, next n next time.. =b
menu hari ini nasi ayam n kueh muih..bestnya berbuka ramai2.. 

       17 RAMADHAN > hari ini nuzul Quran, selamat menyambut nuzul Quran buat semua. alhamdulillah, sudah 17 hari kita menunaikan ibadah puasa..:) 

       18 hingga 26 RAMADHAN > seperti hari2 biasa..bersahur, iftar & berterawih.. kalau org dekat2 nak abis pose nie lah diorang sibuk kuar cari baju raya..tp, aku x..semua baju, tudung dah shoping before pose lagi..hehe..cepat kan, skang relax2 je tgk org shoping.. 

      27 RAMADHAN >  as usual, bangun sahur..hari ini ada tetamu jauh datang berbuka.. angah dtg dari johor with his friend from mnyanmar..wahh!! makan b0sa la kita yerkk.. berselera betoi tgk kwn angah mkn..mgkin it is the first time to him berbuka ramai2.. alhamdulillah, berlalu Ramadhan sehingga hampir ke penghujungnya..i feel so sad...;'( 

     28 RAMADHAN bangun sahur...bila hari cerah kami 3 beradik sibuk2 jahit manik kat baju raya, then..basuh baju..heee, semangat raya gitu..berbuka 4 orang je..mak, k.ana, kakak and aku.. berakhirnya ramadhan yg ke 28..

    29 RAMADHAN > sahur terakhir utk ramadhan 1433h,.. Ya Allah, betapa cepatnya masa berlalu.. adakah akan bertemu dengan ramadhan seterusnya..wallahualam :)
hari ini, stat berkung fu kat dapur utk siapkan ketupat, kari daging, kerisik n macam2 lagi...waduhh! still meriah walaupun tahun nie beraya kat umah k.jie..hehe.. saya wat kari daging..nyam2..hihihi..masa nie la nak tunjuk bakat..ehe..:) lepas masak, jalan2 ikut angah cari baju utk anak2 dia..dan, at last..berbuka utk hari terakhir ramadhan..alhamdulillah.. " pengumuman raya now...yeaay! esok raya..." salam aidilfitri buat semua =)

m0od raya kah..??

 

Tinggal sehari je lagi umat islam nak berhari raya. masing2 dah excited ada yg balik kampung, masak ketupat lemang bagai, kemas rumah.. macam2, semuanya m00d beraya. x kurang yg atas jalan rayanye, mesti full giler ar, jammed abis kot semua jalan2..dah jd kebiasaan so, amat x heran..hahahaa. semuanya mo0d raya. tapi, aku?? adakah mood berhari raya?? ohh..tidak! mood raya semua hilang, x tahu hilang kemana..kalau lah raya boleh post-p0ne aku org pertama yg gembira bukan sbb ape tahun nie tahun yg paling x best raya. orang lain sibuk2 balik raya kat kampung tapi kami beraya kat s.alam je..dan tahun nie jgk adalah tahun ke-3 beraya tanpa abah tersayang. mang x dapat nak tipu, i'm really  miss t0 celebrate hari raya with abah mcm dulu2.. but, i'm aware that moment cannot be repeat again..='(

Bila ingat balik, seronok x terkata.. dulu masa ada arwah abah raya kami begitu bermakna, bukan sekarang x bermakna but lebih ckit makna dari sekarang. abah org pertama yg busy bila nak menjelang raya..tugas abah g beli daging n ayam utk wat rendang + kari, cari daun palas..hmm, best sangat2. paling x leh lupa abah x kan kasi orang lain pot0ng daging..abah akan potong sendiri sbb abah cermat n teliti orangnya..hehe :) unik abah saya nie...sebab tue terasa seronok beraya dgn arwah abah. akan tetapi, mulai saat ini. semua itu x kan pernah kami lalui lagi..org yg pergi x kan kembali.
S0, segala2nya berubah sehingga apa yg terjadi hari ini...namun, aku redha, tahun pertama x dapat balik beraya kat umah sendiri ( pahang). hmm..tapi, masih bersyukur kerana family masih di sisi if compare with other people masih ramai yg x bernasib baik.. alhamdulillah, i still have chance to grab happiness ;)
Ape2pun, we are on hari raya m0od... here i want to wish all of Muslim " selamat hari raya aidilfitri"
bagi mereka2 yg pulang ke kampung berhati2 di jalan raya..hargai masa walau sesaat ( berhenti rehat lau rase ngantuk or penat). ok! sekian.. moga berbahagia di hari raya nanti..=)


Aug 10, 2012

FIQH WANITA =)

Assalamualaikumussalam w.b.t

Para Muslimah yg dikasihi sekalian, mari sama2 kita menimba ilmu.
Fiqh Wanita cuba menjawab persoalan para muslimah yg dikasihi Allah ♥ 


                                                 Epis0d 1 :: TAHARAH :: 


                                                 Epis0d 2 :: ADAB KETIKA HAID ::


                                                  Epis0d 3 :: ISTIHADAH ::


                                                  Episod 4 :: DARAH NIFAS ::


                                                  Epis0d 5 :: MANDI WAJIB ::

sekian, perk0ngsian ilmu..=) moga kita semua beroleh manfaat.
 " sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat " (HR.BUKHARI)




Aug 7, 2012

PERISTIWA NUZUL AL QURAN & LAILATULQADAR




     Tarikh 14, 15 & 16hb Ramadhan merupakan hari-hari pertengahan bulan Ramadhan yang dikenali juga sebagai hari bercahaya atau ayyaumul bayd. Manakala sejarah Islam telah mencatatkan peristiwa Perang Badar (Badr Kubra) yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah.Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.Menurut sejarah yang dilakarkan: Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 (3+1+3=7) orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.Tarikh 17hb Ramadhan juga dikatakan hari turunnya Al-Quran atau disebut Nuzul Al-Quran. 
          Secara umumnya: Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w.Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan. Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: “…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (di-perang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (Al-Quran Surah 8 : ayat 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).“Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (Al-Quran Surah 8 : ayat 41).Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 24 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
          Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.Nuzul Al-QuranPeristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38) Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.Dalam sejarah kehidupan Nabi s.a.w ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
          Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-QuranLailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan Nuzul Al-Quran? Sebenarnya Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah SWTMaksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah s.a.w telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun.Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka.Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.PanduanDari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam Al-Quran.Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam Al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam Al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.Manakala penurunan Al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra” iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. 
          Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad s.a.w sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan.Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan.Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.Baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu adalah malam 27 Ramadhan. 
           Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat. AMIN =)

Aug 3, 2012

Ramadhan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Ramadhan Kareem..!
j0m kita dengar ceramah yg di sampaikan oleh ustaz yg super duper best..:)
bila dgr ceramah or tazkirah ustaz nie mang x ngat0k punye..sure tersenyum sampai telinga, ckit x rase nak tido..nak gelak guling2 ade laa..hehe
so, bagi yg x mau tido after sahur j0m layan nie...=)

                                                   :: ceramah by ustaz kazim elias::

                                              


sekian, selamat menonton & beramal..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...