Pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita?
Bagaimana menghadapinya?
“Cinta baru sempurna jika terasa
menyayat, seperti segumpal tanah liat yang akan baru menjadi cantik
setelah dibentuk menjadi tembikar. Cinta menjadi abadi jika tak
terjangkau. Ibarat bumi selalu mengintai matahari. Kerana tak mampu
meraihnya, selamanya menjadi bayangan yang tak terengkuh. Ditinggalkan
jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan. Namun lebih menyakitkan lagi
ketika kita tidak mengerti bahawa kadangkala Allah izinkan kita
kehilangan seseorang untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan
membuat kita merasa rapuh tapi disisi lain kehilangan dapat membuat kita
tabah.”
Tetapi sesuatu yang hilang belum tentu meninggalkan kekosongan, kerana jejak-jejak yang ditinggalkannya tak pernah benar-benar hilang.
Maka, mari belajar untuk mencintai kehilangan
itu, kerana ia adalah sebahagian proses semulajadi dari hidup.
Kehilangan memberi banyak pelajaran dan pengalaman baru buat kita kita
dapat menerima dengan baik proses itu, menerima diri kita sendiri.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki
apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki
apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan
ketika kita kehilangan.
Kemenangan hidup bukan bermakna kejayaan mendapat banyak, tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang didapat tanpa menguasai. Pelajaran
dari beberapa kehilangan, bahawa dalam setiap kehilangan ada
pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin menjadi sebuah
proses lepasnya sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.
Menyedari bahawa sekuat apapun jiwa dan
diri, setiap hidup tak pernah lepas dari kehilangan. Bahawa cerita di
dunia ini bukan hanya celoteh kita, tapi ada celoteh lain yang harus
didengarkan, dipenuhi dan dilalui.
No comments:
Post a Comment