Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator
Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator
Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Dec 4, 2014

Jodoh Pasti Bertemu

Assalamualaikum teman-teman, 

Khamis, 
 4 Disember 2014..

Hari yang mendung tanpa sinaran matahari. Awan pula kelabu sarat membawa hujan dan menunggu masa untuk dicurahkan ke bumi. Hati saya juga redup juga gelisah, sepertinya di sentuh sembilu tajam. Mata pula berat dengan air mata. Ingin sahaja dilepaskan air mata itu turun namun minda menahan supaya jangan biarkan ia mengalir. 

Hari ini, menerima khabaran gembira dari seorang sahabat seperjuangan. Bergelar tunangan dan bakal menjadi isteri orang. Ya, saya tumpang gembira. Tiada kata-kata yg terucap selain ucapan Tahniah!
Lepas sorang, sorang sahabat mendirikan atau bakal mendirikan rumah tangga baik shbt masa sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Seawal usia 20 - 25 tahun dah ramai sahabat2 saya yang bertukar status menjadi "isteri".

Emm, bila pula giliran saya? soalan yang biasa dan sering timbul di benak hati saya. Saya juga ingin disayangi, dikasihi, dicintai dan sebagainya. Namun, andai rasa teringin sahaja tidak cukup bukan? banyak yang saya perlu tahu sebelum saya mendirikan rumah tangga. Berkahwin bukan untuk suka2, tetapi berkahwin itu umpama seperti melayari bahtera di lautan dalam di mana destinasi terakhirnya adalah suatu yang pasti. Tujuan dan matlamat berkahwin hendaklah jelas, bukan semata-mata utk mendapat anak akan tetapi perkahwinan yang dibina ini adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT seterusnya, melengkapkan sebahagian daripada agama.

Sudahlah, jangan menyalahi takdir andai belum bertemu jodoh. Seharusnya perbaiki kekurangan diri, imbangi emosi agar kita betul-betul bersedia. Saya tidak tujukan pada siapa-siapa sebaliknya untuk ingatan diri saya sendiri. Kadang-kadang, saya sendiri tewas dari menyalahi takdir Allah. Astagfirullah. 

Bersabarlah wahai jiwa saat menanti lafaz sakinah itu terucap. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik dan Dia tidak akan mensia-siakan hambaNya.

 "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. 
 (Ar-Rum: 21) "


Jodoh itu rahsia Allah, ditakdirkan sejak azali di Luth Mahfuz siapa jodoh kita, dengan siapa kita berkahwin, bila waktunya. Semuanya didalam perancangan Allah kerna Dia sebaik-baik perancang. Andai jauh, andai kita tidak kenal siapa namun jika jodoh pasti bertemu jua. Yakin dengan janji Allah jangan bersedih, teruskan berusaha dan berdoa agar dimudahkan olehnya bertemu si tulang rusuk. :)

 Salam Sayang.....,

Sekadar meluah rasa, tiada kaitan dengan sesiapa. 
azalina al-najah, 
1:41 PM 

 

Dec 3, 2014

Kekurangan Dan Kelebihan

Assalamualaikum teman-teman.
Kembali bertemu di bulan disember iaitu bulan terakhir 2014.
Sebenarnya saya tidak tahu ingin kongsikan apa pada kalian untuk dibaca. Fikiran kosong akan tetapi pantas sahaja jari ini menaip. Saya bukan seorang yg kreatif untuk bermadah sebab itu dibiarkan sahaja ruangan ini kosong tanpa pengisian. Teringin juga kadang2 ingin menghasilkan idea atau sesuatu perkongsian yang bermanfaat untuk diri saya dan teman-teman tetapi saya gagal. Bukan tak nak mencuba namun sy sedang berusaha akan tetapi hasilnya sy sendiri tidak berpuas hati dan dibiarkan sahaja jari ini menekan butang delete. 

Berfikir dan terus berfikir, namun ideanya tidak kunjung tiba! begitu rimas kadang-kadang, kecewa dengan diri sendiri. Namun apakan daya, hendak dibandingkan diri saya dan orang lain sungguh tidak adil rasanya. kemampuan manusia ini berbeza-beza bukan?? Ya, sebab itu saya berpegang dgn kata2 itu. saya sedar akan kekurangan diri dan kelebihan yang ada pada orang lain. Moga2 apa yang kurang itu mampu saya perbaiki dengan melihat kelebihan mereka di luar sana.

Andai semua manusia di dunia ini mempunyai kelebihan & kekurangan yang sama sudah pastilah masing-masing berbangga dengan apa yg mereka ada. Sudah pasti juga masing2 tidak hiraukan yang lain bahkan akan menjadi ego dan bongkak. Maka dengan itu tiadalah istilah bergantung antara satu- sama lain atau tiada istilah saling melengkapi, tetapi akan lahirnya sifat dengki mendengki sesama manusia.

Ingatlah wahai teman-teman, 
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri yakni saling melengkapi antara satu sama lain.

Fikirkan teman2, bahawa kekurangan itu sesuatu yang hebat Allah berikan kepada seseorang hambaNya. Dengan kekurangan kita sedar akan asal usul, dengan kekurangan tiada rasa riak kita pada Allah dan manusia lain. Ketahuilah, kekurangan yang kita ada ini mempunyai keberkatannya yang mungkin kita tidak ketahui. Biarlah kita mempunyai kekurangan jgn sampai kita mempunyai kelebihan sehingga dijangkiti virus sombong terhadap Allah. 

Renung-renungkanlah teman-teman.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

Sekian,
Berpegang kepada kata2 bukan siapa yg berkata tetapi apa yg dikatakan.
semoga bermanfaat!

azalina al-najah,
2.58 p.m| 3 Disember 2014











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...