Pasangan hidup adalah salah satu dari
stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah
kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan
membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Masih belum berpunya..??
Namun, bagi sesetengah orang, disinilah
bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat
lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung
datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih
belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita
berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang.
Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun
bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan
memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat
kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan
itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.
Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang
lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik
kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin
menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive
pesanan utk diri : bersabarlah wahai hati..kenapa & mengapa Allah belum temukan kamu dgn tulang rusukmu? kerana Allah mahu memberi peluang utkmu belajar lebih banyak erti kehidupan, juga Allah sedang mengatur sesuatu yg terbaik utk kamu.. percayalah! yakin padaNya.. mungkin hari ini Allah temukan aku dgn org yg salah tetapi, itu semua adalah untuk aku belajar mengerti, memahami & menghargai..=)
janji Allah itu pasti..
No comments:
Post a Comment