Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator
Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator
Glitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text GeneratorGlitter Text Generator

Aug 17, 2011

Kisah menarik Untuk Menjadi Renungan Bersama

Salam Ramadhan Kareem..
Salam Nuzul Quran..

Alhamdulillah, setelah sekian lama cik aza x berblog..x tulis ape2 kat entry so arini terpanggil utk berkongsi sedikit kisah yg saya dpt dari seorg sahabat..:D
jOm hayati bersama.....

1.Surat khabar Al-Qashim yang sudah cukup lama terbit di Arab Saudi menyebutkan bahawa ada seorang pemuda di Damsyiq telah memesan tiket kapal terbang untuk suatu perjalanan. Dia memberitahu ibunya bahawa waktu berlepas pesawat adalah jam sekian. Ibunya diminta untuk membangunkannya jika telah dekat waktunya. Pemuda itu pun tidur. Sementara itu, si ibu mengikuti berita cuaca dari radio yang menjelaskan bahawa angin bertiup kencang dan langit sedang mendung. Sungguh si ibu merasa sayang terhadap anak satu-satunya itu. Sebab itu dia tidak membangunkan anaknya dengan harapan dia tidak jadi pergi pada hari itu kerana keadaan cuaca yang sangat tak mengizinkan. Ketika dia sudah yakin bahawa waktu perjalanan sudah terlepas dan pesawat telah meninggalkan landasannya, ibu tersebut membangunkan anaknya. Ternyata si anak telah meninggal di tempat tidurnya.



2.Syeikh Ali Ath-Thanthawi menyebutkan dalam kisah dan pengalamannya bahawa dahulu di negeri Syam pernah ada seorang lelaki mempunyai kenderaan trak terbuka. Ketika kererta itu di pandu tanpa diketahuinya di atas badan kereta itu ada orang. Kereta itu mengangkut peti yang sudah siap untuk menguburkan mayat. Sedangkan di dalam peti itu terdapat kain yang boleh digunakan bila-bila masa diperlukan. Tiba-tiba hujan turun dan air mengalir deras. Orang itu pun bangun dan masuk ke dalam peti dan membungkus badannya dengan kain yang ada di dalam peti.Kemudian di pertengahan jalan ada seorang yang lain naik menumpang ke kereta itu di sebelah keranda, Dia tak tahu bahawa di dalam peti itu ada orang. Hujan belum berhenti, orang yang kedua ini mengira bahawa dirinya hanya sendiri di dalam kereta itu. Tiba-tiba dari dalam peti ada tangan terjulur (untuk memastikan apakah hujan sudah berhenti atau belum). Ketika tangan terjulur keluar si penumpang itu terkejut dan takut bukan kepalang. Dia mengira bahawa mayat yang ada di dalam peti itu hidup kembali. Kerana takutnya, dia terjun dari kereta tersebut dan kepalanya terhantuk di atas jalan lalu ia mati di situ juga.



3. Syeikh Ali Ath-Thanthawi telah menceritakan pula kisah dan pengalamnya yang lain bahawa ada sebuah bas yang sarat dengan penumpang, sedang pemandunya selalu menoleh ke kiri dan ke kanan dan secara tiba-tiba pemandu itu menghentikan bas itu. Para penumpang pun bertanya: “Mengapa engkau menghentikan bas ini?” Pemandu itu menjawab: “Saya berhenti untuk mengambil orang tua yang melambai-lambaikan tangannya hendak menumpang bersama kita.” Para penumpang menjadi tertanya-tanya: “Kami tidak melihat sesiapa.” Tetapi pemandu itu melihatnya : “Lihat (itu) dia.” Mereka tetap bingung: “Kami tidak melihat seorang pun.” Pemandu itu berkata: “Sekarang dia datang untuk naik bersama kita.” Semua penumpang berkata: “Demi Allah kami tidak melihat siapa-siapa” dan secara tiba-tiba pula pemandu itu mati terduduk di atas kerusinya.

~Petikan Daripada Buku La Tahzan~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...