Allah SWT telah berfirman yang
bermaksud:”Dan jangan kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah
dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang
lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka
usahakan, dan bagi orang perempuan (pula) ada bahagian daripada apa yang mereka
usahakan. Dan mohon kepada Allah sebahagian daripada kurnia-Nya. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.”(Surah al-Nisa’:32)
Kebanyakan wanita pada hari ini sudah
ramai yang mempunyai tanggungjawab di luar rumah. Masing-masing sudah
berkerjaya malah sudah ada yang berpangkat tinggi, berkereta mewah, mempunyai
rumah besar seperti istana dan sebagainya. Selain bekerja di sektor tertentu, tidak
kurang juga ada yang telah memiliki syarikat sendiri. Persoalannya, adakah Islam
membenarkan kaum hawa ini berada di tengah-tengah masyarakat? Para ulama’ telah
menentukan hukum bagi kedudukan wanita berkerjaya seperti berikut:
1. Wajib: Jika mereka tidak bekerja,
menyebabkan seluruh ahli keluarganya tidak dapat meneruskan kehidupan. Mungkin
keadaan suami yang sedang sakit atau tidak mampu bekerja untuk menampung
kehidupan keluarga.
2. Harus: Jika mendapat izin dan redha daripada
suami untuk membantu menampung kehidupan keluarga. Wanita tersebut juga wajib menjaga
auratnya daripada dilihat masyarakat luar, membatasi pergaulan antara lelaki
dan perempuan, juga menghindari daripada perkara yang akan menyebabkan
timbulnya fitnah.
3.
Haram: Jika tidak mendapat keizinan dan redha daripada suami.
Apatah lagi jika wanita tersebut membuka dan membiarkan auratnya dilihat semasa
bekerja dan tidak membatasi pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
Walau bagaimanapun, amatlah
digalakkan bagi wanita supaya berada dirumah untuk menguruskan urusan
rumahtangga, anak-anak dan suami. Manakala, tugas mencari rezeki yang halal
untuk dinafkahkan kepada ahli keluarga perlulah diberikan sepenuhnya kepada
kaum adam (suami). Namun, jika dalam keadaan-keadaan tertentu yang memerlukan wanita
keluar bekerja seperti suaminya cacat, pendapatan keluarga yang tidak mencukupi
atau kepakaran yang dimiliki wanita tersebut diperlukan oleh masyarakat, maka
dibolehkan untuk wanita keluar bekerja, tetapi wajib menjaga batas aurat dan
pergaulan yang telah ditetapkan oleh Islam seperti berikut:
1. Mendapat
keizinan dan keredhaan daripada suami.
2. Menutup dan
menjaga aurat sebagai seorang wanita muslim.
3. Pekerjaan yang
dilakukan tidak melanggar norma atau kudrat seorang wanita.
4. Membatasi
pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
5. Tidak
berdua-duaan dengan pekerja lelaki dalam satu ruang kerja.
6. Menjaga kewajiban
sebagai isteri dan ibu.
7. Menjaga
kewajiban sebagai hamba Allah SWT.
8. Bekerja dengan
pekerjaan yang halal.
Sincerely written by,
empunya diri ;)
azalinaalnajah~