Bismillahirahmanirrahim..
Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jgn pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, riang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak lemah, itulah dia, "WE ARE SPECIAL!"....
Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yg tdk terhingga. Ia membezakan antara manusia dgn haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yg sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hdpan org lain sebenarnya sedang bersikap kufur dgn nikmat Allah. Dia x tahu menghargai nikmat akal yg dianugerahkan kpdnya. seolah2 penghormatan Allah itu x mahu diterima dan dianggap x bernilai. "aku bodoh, mereka pandai...aku lemah x punya apa2, mereka hebat."
Orang yg x tahu menghargai diri sendiri adalah org yg x tahu BERTERIMA KASIH & BERSYUKUR kpd Allah. Maka, menyedari anda semua adlh istimewa adlh jln menuju syukur.
Firman Allah: Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dlm bentuk yg sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dgn keadaannya). ~surah At-tiin: ayat 4
Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah, iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisiNya.
Firman Allah: kemudian (jika ia pnjg umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat org2 yg rendah.~surah At-Tiin: ayat 5
Apabila kita telah menyedari bahawa kita adlh ISTIMEWA, kita akn lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan utk berbakti dan taat kpd Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dlm kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga utk melangkah. kita x lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yg dikehendaki Allah. Kesimpulannya, ada 1001 sbb yg boleh kita rungkaikan utk membuktikan bahawa ANDA ADALAH ISTIMEWA...!!!!
**Pesanan penaja~ saya juga istimewa..!! subhanallah...:)
**sama2 kita muhasabah diri..
salam muhasabah utk diri saya & semua...
ReplyDelete